Robot Unicorn

we brave like a FOX !

Friday, June 24, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA PASUKAN DODGEBALL PERLIS DENGAN KRT PADANG SERA

pemain-pemain negeri Perlis
gambar bersama kedua-dua pasukan

penonton-penonton yang
menyaksikan perlawanan ini
salah satu gambar pasukan
Padang Sera dan
pasukan Negeri Perlis 
jurulatih pasukan
KRT Padang Sera
                                                                     

kerjasama yang di berikan
oleh pasukan
negeri Perlis




gambar yang menunjukkan
gandingan kedua-dua pasukan
3 daripada  pemain KRT Padang Sera
dan 3 lagi daripada pemain negeri Perlis







di dalam gelangang kami bermusuhan di luar gelangang kami sebagai sahabat yang sangat baik.....
         


            Pada 14 June 2011,satu perlawanan persahabatn antara pasukan Dodgeball Negeri Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera,untuk pengetahuan umum pasukan KRT Padang Sera ialah salah satu pasukan yang baru diwujudkan pada tahun 2011.
               
              Sebelum saya mengulas selanjutnya tentang perlawanan persahabatan ini , saya akan menerangkan mengenai sukan dodgeball ini. Sukan dodgeball merupakan sukan penyingkiran , di mana anda adalah sasarannya! Objektifnya, adalah menyingkirkan semua pihak lawan, permainan akan di mulakan semula sehingga masa tamat. Pasukan yg mempunyai paling banyak kemenangan bila tamat masa  akan di istiharkan sebagai pemenang!!
   
              Sukan Dodgeball merupakan Sukan Pembangunan Komuniti INTEGRITI KEJUJURAN SEMANGAT KESUKANAN MERUPAKAN peraturan number satu setiap atlet Dodgeball. Ini adalah merupakan elemen yang penting sebagai atlet dodgeball. Setiap atlet harus mematuhi Sistem Kehormatan (Honor System), dimana nilai-nilai kejujuran, semangat kesukanan dan integriti dapat di pupuk melalui sukan perkembangan komuniti ini.


               Sukan dodgeball mendidik setiap individu untuk mempamerkan nilai kejujuran pada seiap masa dan merupakan asas kepada integriti yang kukuh. Pada masa yang sama , para atlet juga di ingatkan untuk menghormati pihak lawan dan juga para pegawai yang bertugas.

                Seterusnya, permainan ataupun perlawanan persahabatan ini bermula jam 5 petang dan berakhir jam 7 petang. Sejak bermulanya perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan tidak berhenti-henti memberi kerjasama serta tidak berputus asa . Perlawanan ini dapat memberi peluang kepada kedua-dua pasukan untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pasukan Dodgeball Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera.


                Selain itu , jurulatih pasukan dodgeball negeri Perlis memberi peluang kepada pasukan KRT Padang Sera untuk berganding bersama pasukan dodgeball negeri Perlis yang telah lama dalam permainan dodgeball ini. Setelah berganding dengan pemain dodgeball negeri Perlis ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk membaiki kelemahan pasukan itu.


                  Sebelum kedua-dua pasukan berpisah, jurulatih pasukan dodgeball Negeri Perlis memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pemain KRT Padang Sera.


Kata-kata terakhir daripada saya

"BIARPUN DI ATAS GELANGGANG KITA BERMUSUHAN TETAPI DI LUAR GELANGGANG KITA BERKAWAN"




READY 1,2 DODGEBALL

Saturday, April 30, 2011

Klinik Dodgeball Pada 16/4/2011










       Pada 15,16,17 April 2011, satu klinik Dodgeball telah diadakan di Negeri Perlis. Klinik Dodgeball bertempat di komplek Belia dan Sukan Negeri Perlis . Seramai 40 orang telah hadir serta mengambil bahagiandalam klinik ini. Pemain-pemain dodgeball Negeri Perlis telah hadir dan membantu serta memberi kerjasama yang baik demi menjayakan klinik ini. Beberapa sesi temu ramah diadakan untuk menanyakan pendapat tentang permainan dodgeball. 

     Peserta-peserta klinik dodgeball kali ini lebih agresif cepat mempelajari permainan dodgeball setelah melihat cara-cara bermain serta memahami peraturan permainan dodgeball ini. Melihat gaya peserta-peserta klinik ini pemain-pemain dodgeball Negeri Perlis lebih bersemangat untuk bermain. Pemain pemain dodgebal Negeri Perlis tidak kurang hebatnya. Setiap pemaon memberikan kerjasama sangat hebat. klinik kali ini mendapat sambutan daripada golongan muda mahupun golongan yang berumur. Biarpun berumur gaya permainan mereka bagaikan pemain muda di mana mereka mampu mengahadapi pemain muda seperti kami.

    Klinik dodgeball seperti ini perlu diadakan lagi kerana permainan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapt memperluaskan lagi sukan Dodgeball.

READY 1,2 DODGEBALL

Thursday, January 20, 2011

Sunday, December 19, 2010

Sebahagian Pemain-Pemain Dodgeball







Sebahagian Ahli Kelab Dodgeball JPNIN Negeri Perlis,
kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk belajar bermain Dodgeball.

Thursday, December 16, 2010

Rencana Semasa Klinik Dodgeball Dan Gambar-Gambar Semasa Klinik Dodgeball


                                                                        







Suasana Semasa Pendaftaran






Semasa Penerangan Tentang Cara-Cara Bermain Dodgeball



Semasa Sesi Merenggangkan Otot




Sesi Bermain Di Antara Peserta

Gambar-Gambar Peserta Bersama Kumpulan
Kumpulan Tiger

Kumpulan What Ever
Kumpulan Timunsoho
Kumpulan Super Simple

Mantap Beb



Kumpulan Blue Moon


Kumpulan Mr. and Mrs.

Kumpulan Line Clear
Kumpulan The Star











Sabtu,11 DISEMBER 2010,KMP ,Arau . Klinik Dodgeball telah diadakan. Klinik Dodgeball ini diadakan dibawah JPNIN-KMP,  Arau , Negeri Perlis.Pendaftaran amat memuaskan kerana kesemua peserta memberikan kotmitmen yang tinggi . Terdapat sembilan kumpulan yang mendaftar untuk mengikuti Klinik Dodgeball .Beberapa kumpulan yang dapat saya sebutkan iaitu Kumpulan Tiger,Kumpulan Super Simple, dan Kumpulan Mantap Beb. Di antara sembilan yang mendaftar terdapat satu kumpulan yang dapat di gambarkan sebagai kumpulan 1 Malaysia kerana ahli kumpulan itu berbilang kaum dan bangsa. Nama kumpulan tersebut adalah Mr. and Mrs. Walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ,peserta-peserta Klinik Dodgeball tetap bersemangat dan memberikan kerjasama serta kotmitmen yang tinggi untuk menjayakan klinik ini

    Penerangan tentang klinik dodgeball ini telah di mulakan pada 10 haribulan, Jumaat 4petang. Cik Salina memberi penerangan awal tentang perjalanan program klinik. Ramai peserta hadir pada petang itu. Pada 11.12.2010 peserta hadir seawal jam 8 pagi. Pada jam 8.30 pagi, Klinik Dodgeball dimulakan . Disini kita dapat melihat peserta begitu teruja dan kagum untuk bermain . Ada yang takut ada juga yang tidak sabar untuk bermain permainan ini.

     Selepas penerangan diberikan oleh Cik Salina dan En. Hasrol Redzuan, peserta melakukan regangan otot badan,mengikut jurulatih aeorobik iaitu Puan Hayati . Selesai sahaja regangan  peserta dibahagikan mengikut dua kumpulan . Klinik dodgeball berhenti seketika kerana hujan. Tetapi atas permintaan peserta yang begitu seronok untuk bermain dodgeball  permainan tetap di teruskan walaupun hujan lebat. Inilah semangat kesukanan yang perlu ada pada setiap individu untuk menceburi sesuatu bidang sukan .
        
       Yang pasti , sekiranya ada jemputan dari KMP, Kelab Dodgeball JPNIN Negeri Perlis akan datang lagi untuk merealisasi impian peserta untuk belajar bermain dodgeball...

1    2    DODGEBALL

Thursday, December 9, 2010

Aktiviti Sebelum Memulakan Permainan






















Aktiviti-aktiviti seperti ini perlu di lakukan sebelum memulakan latihan...bagi merenggangkan otot supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti cedera ketika latihan....walaubagaimanapun kekuatan fizikal amat diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti gambar-gambar di atas....kerjasama amat di perlukan semasa melakukan aktiviti-aktiviti ini....