pemain-pemain negeri Perlis |
gambar bersama kedua-dua pasukan |
penonton-penonton yang menyaksikan perlawanan ini |
salah satu gambar pasukan Padang Sera dan pasukan Negeri Perlis |
jurulatih pasukan KRT Padang Sera |
kerjasama yang di berikan oleh pasukan negeri Perlis |
gambar yang menunjukkan gandingan kedua-dua pasukan |
3 daripada pemain KRT Padang Sera dan 3 lagi daripada pemain negeri Perlis |
di dalam gelangang kami bermusuhan di luar gelangang kami sebagai sahabat yang sangat baik..... |
Pada 14 June 2011,satu perlawanan persahabatn antara pasukan Dodgeball Negeri Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera,untuk pengetahuan umum pasukan KRT Padang Sera ialah salah satu pasukan yang baru diwujudkan pada tahun 2011.
Sebelum saya mengulas selanjutnya tentang perlawanan persahabatan ini , saya akan menerangkan mengenai sukan dodgeball ini. Sukan dodgeball merupakan sukan penyingkiran , di mana anda adalah sasarannya! Objektifnya, adalah menyingkirkan semua pihak lawan, permainan akan di mulakan semula sehingga masa tamat. Pasukan yg mempunyai paling banyak kemenangan bila tamat masa akan di istiharkan sebagai pemenang!!
Sukan Dodgeball merupakan Sukan Pembangunan Komuniti INTEGRITI KEJUJURAN SEMANGAT KESUKANAN MERUPAKAN peraturan number satu setiap atlet Dodgeball. Ini adalah merupakan elemen yang penting sebagai atlet dodgeball. Setiap atlet harus mematuhi Sistem Kehormatan (Honor System), dimana nilai-nilai kejujuran, semangat kesukanan dan integriti dapat di pupuk melalui sukan perkembangan komuniti ini.
Sukan dodgeball mendidik setiap individu untuk mempamerkan nilai kejujuran pada seiap masa dan merupakan asas kepada integriti yang kukuh. Pada masa yang sama , para atlet juga di ingatkan untuk menghormati pihak lawan dan juga para pegawai yang bertugas.
Seterusnya, permainan ataupun perlawanan persahabatan ini bermula jam 5 petang dan berakhir jam 7 petang. Sejak bermulanya perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan tidak berhenti-henti memberi kerjasama serta tidak berputus asa . Perlawanan ini dapat memberi peluang kepada kedua-dua pasukan untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pasukan Dodgeball Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera.
Selain itu , jurulatih pasukan dodgeball negeri Perlis memberi peluang kepada pasukan KRT Padang Sera untuk berganding bersama pasukan dodgeball negeri Perlis yang telah lama dalam permainan dodgeball ini. Setelah berganding dengan pemain dodgeball negeri Perlis ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk membaiki kelemahan pasukan itu.
Sebelum kedua-dua pasukan berpisah, jurulatih pasukan dodgeball Negeri Perlis memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pemain KRT Padang Sera.
Kata-kata terakhir daripada saya
"BIARPUN DI ATAS GELANGGANG KITA BERMUSUHAN TETAPI DI LUAR GELANGGANG KITA BERKAWAN"
READY 1,2 DODGEBALL
No comments:
Post a Comment