Robot Unicorn

we brave like a FOX !

Friday, June 24, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA PASUKAN DODGEBALL PERLIS DENGAN KRT PADANG SERA

pemain-pemain negeri Perlis
gambar bersama kedua-dua pasukan

penonton-penonton yang
menyaksikan perlawanan ini
salah satu gambar pasukan
Padang Sera dan
pasukan Negeri Perlis 
jurulatih pasukan
KRT Padang Sera
                                                                     

kerjasama yang di berikan
oleh pasukan
negeri Perlis




gambar yang menunjukkan
gandingan kedua-dua pasukan
3 daripada  pemain KRT Padang Sera
dan 3 lagi daripada pemain negeri Perlis







di dalam gelangang kami bermusuhan di luar gelangang kami sebagai sahabat yang sangat baik.....
         


            Pada 14 June 2011,satu perlawanan persahabatn antara pasukan Dodgeball Negeri Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera,untuk pengetahuan umum pasukan KRT Padang Sera ialah salah satu pasukan yang baru diwujudkan pada tahun 2011.
               
              Sebelum saya mengulas selanjutnya tentang perlawanan persahabatan ini , saya akan menerangkan mengenai sukan dodgeball ini. Sukan dodgeball merupakan sukan penyingkiran , di mana anda adalah sasarannya! Objektifnya, adalah menyingkirkan semua pihak lawan, permainan akan di mulakan semula sehingga masa tamat. Pasukan yg mempunyai paling banyak kemenangan bila tamat masa  akan di istiharkan sebagai pemenang!!
   
              Sukan Dodgeball merupakan Sukan Pembangunan Komuniti INTEGRITI KEJUJURAN SEMANGAT KESUKANAN MERUPAKAN peraturan number satu setiap atlet Dodgeball. Ini adalah merupakan elemen yang penting sebagai atlet dodgeball. Setiap atlet harus mematuhi Sistem Kehormatan (Honor System), dimana nilai-nilai kejujuran, semangat kesukanan dan integriti dapat di pupuk melalui sukan perkembangan komuniti ini.


               Sukan dodgeball mendidik setiap individu untuk mempamerkan nilai kejujuran pada seiap masa dan merupakan asas kepada integriti yang kukuh. Pada masa yang sama , para atlet juga di ingatkan untuk menghormati pihak lawan dan juga para pegawai yang bertugas.

                Seterusnya, permainan ataupun perlawanan persahabatan ini bermula jam 5 petang dan berakhir jam 7 petang. Sejak bermulanya perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan tidak berhenti-henti memberi kerjasama serta tidak berputus asa . Perlawanan ini dapat memberi peluang kepada kedua-dua pasukan untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pasukan Dodgeball Perlis dengan pasukan KRT Padang Sera.


                Selain itu , jurulatih pasukan dodgeball negeri Perlis memberi peluang kepada pasukan KRT Padang Sera untuk berganding bersama pasukan dodgeball negeri Perlis yang telah lama dalam permainan dodgeball ini. Setelah berganding dengan pemain dodgeball negeri Perlis ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk membaiki kelemahan pasukan itu.


                  Sebelum kedua-dua pasukan berpisah, jurulatih pasukan dodgeball Negeri Perlis memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pemain KRT Padang Sera.


Kata-kata terakhir daripada saya

"BIARPUN DI ATAS GELANGGANG KITA BERMUSUHAN TETAPI DI LUAR GELANGGANG KITA BERKAWAN"




READY 1,2 DODGEBALL

Saturday, April 30, 2011

Klinik Dodgeball Pada 16/4/2011










       Pada 15,16,17 April 2011, satu klinik Dodgeball telah diadakan di Negeri Perlis. Klinik Dodgeball bertempat di komplek Belia dan Sukan Negeri Perlis . Seramai 40 orang telah hadir serta mengambil bahagiandalam klinik ini. Pemain-pemain dodgeball Negeri Perlis telah hadir dan membantu serta memberi kerjasama yang baik demi menjayakan klinik ini. Beberapa sesi temu ramah diadakan untuk menanyakan pendapat tentang permainan dodgeball. 

     Peserta-peserta klinik dodgeball kali ini lebih agresif cepat mempelajari permainan dodgeball setelah melihat cara-cara bermain serta memahami peraturan permainan dodgeball ini. Melihat gaya peserta-peserta klinik ini pemain-pemain dodgeball Negeri Perlis lebih bersemangat untuk bermain. Pemain pemain dodgebal Negeri Perlis tidak kurang hebatnya. Setiap pemaon memberikan kerjasama sangat hebat. klinik kali ini mendapat sambutan daripada golongan muda mahupun golongan yang berumur. Biarpun berumur gaya permainan mereka bagaikan pemain muda di mana mereka mampu mengahadapi pemain muda seperti kami.

    Klinik dodgeball seperti ini perlu diadakan lagi kerana permainan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapt memperluaskan lagi sukan Dodgeball.

READY 1,2 DODGEBALL

Thursday, January 20, 2011